Empat disyaki penagih dadah ditangkap di Petra Jaya

PDRM logo

KUCHING, Mei 13: Empat lelaki ditahan dalam satu operasi di Petra Jaya kerana disyaki terlibat dalam aktviti penyalahgunaan dadah semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, kesemua suspek yang merupakan warga tempatan ditahan Bahagian Siasatan Jenayaha Narkotik IPD Kuching kira-kira jam 2.28 petang.

Katanya, pasukan serbuan turut merampas dadah disyaki syabu dianggar seberat 5.08 gram bernilai RM508 daripada suspek.


“Kesemua suspek juga didapati positif dadah dan dua daripada mereka juga mempunyai dua rekod lampau dadah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kesalahan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 boleh dikenakan denda tidak kurang dua tahun tetapi tidak lebih daripada lima tahun dan disebat tidak kurang dari tiga sebatan tetapi tidak lebih dari sembilan sebatan.

“Manakala, kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM500 atau hukum penjara tidak lebih daripada dua tahun,” jelasnya.

Sehubungan itu beliau mengalu-alukan maklumat orang awam berkaitan aktviti penyalahgunaan dadah. — DayakDaily