Mohon Kerajaan Luluskan Surat Hak Milik Tanah Di Murum

KUCHING : Sebanyak 922 Lot, baki lot bilik dan lot tanah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Murum masih tidak mempunyai surat hak milik tanah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Chukpai Ugon berkata, ia melibatkan RM880,510 jumlah premium di bawah seksyen 18 yang diumumkan dan disampaikan kelulusan secara dasar hak milik kekal.

“Pada masa sama sejumlah 1,178 keluarga yang telah mendapat surat hak milik tanah dan memohon agar kerajaan membayar balik sejumlah RM2,343,042 premium yang dibayar melalui potongan terus daripada pampasan pemilik.

“Sekarang kerajaan memberi tanah tersebut dibawah seksyen 18 hakmilik kekal, bererti tanah-tanah tersebut berstatus percuma,” katanya ketika membuat usul di Persidangan DUN ke 18 pagi tadi.

Beliau turut menekankan dan memohon kelulusan tanah gantian seluas 2,450 ekar yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Kapit sebagai lot pertanian yang tidak sesuai untuk diusahakan. – dayakdaily.com