David Teo kena tampar depan Perdana Menteri Najib Razak


Pemilik syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) Datuk David Teo telah ditampar pelakon veteran Sulaiman Yassin (atau lebih dikenali sebagai Mat Over) ketika Majlis TN50 malam tadi di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kejadian dikatakan berlaku apabila David mahu bertanya kepada moderator dialog iaitu pelakon Datuk Rosyam Nor, namun beliau tidak diendahkan.

Ini menyebabkan David bertindak mengulas panjang berkenaan ketidakadilan berkenaan pemilihan siapa yang boleh menyoal perdana menteri, sungguhpun diminta oleh Rosyam untuk berhenti.


Tindakan David itu walaubagaimanapun terhenti apabila Mat Over bergerak ke podium, dan bertindak menampar David, dipercayai akibat berkelakuan ‘kurang ajar’ ke atas perdana menteri. David dan Mat Over kemudiannya telah dibawa keluar dari kawasan berkenaan dan ditenangkan, dengan majlis diteruskan semula.

Dalam pada itu, David dan juga Mat Over telah bersalaman pada akhir majlis TN50 selepas diminta berbuat demikian oleh Najib.

Kejadian tersebut telah distream secara langsung di laman Facebook perdana menteri. – dayakdaily.com