Misi penghantaran bantuan makanan ke Long Busang

Oleh Dean Adam

BALEH, Jun 5: Kesulitan yang dihadapi mangsa-mangsa banjir di Long Busang dekat sini mendapat perhatian pihak kerajaan negeri ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, antara pihak yang terlibat dalam misi penghantaran bantuan tersebut ialah Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Kata JPBNS, pihak lain yang terlibat ialah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Daerah Bukit Mabong dan PPD Belaga.

“Antara barangan yang dibawa untuk mangsa-mangsa banjir yang terjejas ialah seperti beras, gula, garam, mi segera, kopi, teh, biskut kering, makanan dalam tin dan air minuman.

“Rombongan misi penghantaran bantuan bekalan makanan itu telah ke Long Busang pada pukul 11.30 pagi tadi.

“Sebarang maklumat terkini akan disalurkan dari masa ke semasa,” katanya di sini hari ini. — DayakDaily