KUCHING, 30 Jan: Minggu Epid ke-4 kes Covid-19 menyaksikan daerah Kuching terus mencatatkan jumlah kes tertinggi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan hari ini berkata, Kuching mencatatkan 35 kes, manakala Sibu mencatat 10 kes, Miri (11), Bintulu (5), Samarahan (3) dan Sarikei (2).
Menurut JPBN, jumlah kes positif Covid-19 bagi Minggu Epid ke-4 menunjukkan penurunan berbanding Minggu Epid ke-3.
Sebanyak 89 kes dicatatkan pada Minggu Epid ke-4 berbanding 110 pada minggu sebelumnya.
“Ini menjadikan kes kumulatif setakat ini meningkat kepada 324,286 kes.
“Pada Minggu Epid ke-4, sebanyak 83 kes tergolong dalam kategori 1 dan 2 manakala enam kes dicatatkan dalam kategori 3, 4 dan 5,” kata JPBN.
Sementara itu, tiada kematian direkodkan pada Minggu Epid ke-4. ā DayakDaily