Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu esok, bincang PM ke-10

File photo of Istana Negara.

KUCHING, 23 Nov: Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu akan diadakan esok bagi membincangkan pelantikan Perdana Menteri (PM) Ke-10 ekoran keputusan Parlimen tergantung selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, mesyuarat itu dijadual diadakan di Istana Negara.

“Perbincangan khas ini bertujuan untuk Seri Paduka mendapat pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu bagi Baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat,” katanya dalam kenyataan.


Terdahulu, Seri Paduka telah menerima menghadapi wakil-wakil Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) secara berasingan di Istana Negara pada pagi tadi.

Sesi-sesi menghadapi itu adalah lanjutan daripada sesi menghadapi ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang diadakan petang semalam. — DayakDaily