Belum ada keputusan PM baharu setakat ini (4.30pm), kata Abang Johari

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

KUCHING, 24 Nov: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan belum ada sebarang keputusan daripada Yang Dipertuan Agong berhubung pelantikan Perdana Menteri yang baharu setakat jam 4.30 petang ini.

Ini susulan perjumpaan Abang Johari dengan Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato Sri Fadillah Yusof yang hadir ke Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) sekitar jam 3.30 petang ini.

“Mereka masih berbincang, tunggu sahajalah,” jawab Abang Johari ringkas kepada media sebelum meninggalkan Kompleks DUN.


Terdahulu pagi tadi Fadillah yang juga MP Petra Jaya bersama Setiausaha Agung GPS ( MP Kapit) Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Presiden SUPP Dato Sri Richard Riot Jaem (MP Serian), Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing (Bintulu) dan Datuk Aaron Ago Dagang (MP Kanowit) telah menghadap Yang Dipertuan Agong di Istana Negara.

Perjumpaan wakil GPS dengan Yang Dipertuan Agong di Istana Negara adalah berkaitan pelantikan Perdana Menteri Ke-10. — DayakDaily