Mercun, bunga api bernilai RM1,388,611 dilupuskan

Kerja-kerja melupuskan mercun dan bunga api tersebut.

KUCHING, 2 Sept: Mercun dan bunga bernilai RM1,388,611 babitkan rampasan kes di Sibu berjaya dilupuskan di Lapang Sasar, Kem Sempadi, Lundu.

Pengarah Kastam Sarawak Mohd Nadzri Ariffin berkata kesemua barangan yang telah dilucuthak di bawah Seksyen 127 Akta Kastam 1967 itu dianggarkan sebanyak 201,755.18 kilogram.

Katanya, dianggarkan kesemua mercun dan bunga api tersebut bernilai lebih RM1.38 juta dengan jumlah cukai dianggarkan sebanyak RM819,280.55.


“Kesemua mercun dan bunga api itu telah diangkut dari pejabat JKDM Sibu ke Lapang Sasar, Kem Sampadi melalui jalan darat dengan kawalan pengiring oleh anggota Unit MPV PDRM dalam sepanjang perjalanan sehingga ke tapak pelupusan.

“Kes tangkapan dan rampasan mercun dan bunga api ini melibatkan kesalahan tidak memiliki permit yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Turut mendapat kerjasama serta pemantauan daripada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (Bomba).

Kerja-kerja melupuskan mercun dan bunga api tersebut.

Menurut Mohd Nadzri, berdasarkan statistik tangkapan yang melibatkan kes mercun dan bunga api sepanjang tahun 2021, JKDM Sarawak telah berjaya memperolehi 16 kes yang melibatkan anggaran nilai sebanyak RM795,574.09 dengan anggaran cukai sebanyak RM514,791.57.

Berdasarkan statistik, JKDM Sarawak sejak awal tahun hingga September tahun in berjaya memperolehi 16 kes yang melibatkan anggaran nilai sebanyak RM795,574.09 dengan anggaran cukai sebanyak RM514,791.57.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai digesa membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti berkenaan.

Beliau berkata orang awam boleh menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri.

Katanya pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan. ā€” DayakDaily