This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 28 Ogos: Seorang mekanik meninggal dunia selepas terlibat kemalangan kendiri di Jalan High Park Off Batu 12 Jalan Kuching-Serian lewat malam tadi.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 12.30 tengah malam.
Katanya, mangsa semasa kejadian menunggang motosikal seorang diri dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
“Siasatan awal mendapati motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas menyebabkan mangsa tercampak atas simen di bahu jalan.
“Akibat daripada kemalangan tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kematian mangsa disahkan oleh paramedik dari Hospital Umum Sarawak (HUS)
Mangsa dikenali sebagai Ganis Gregory Chan,34, beralamatkan dari Kampung Quap, Jalan Penrissen.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.
Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — DayakDaily