Media berperanan promosi warisan seni dan budaya

Noor Seela (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Abdullah di Majlis Jamuan Teh “Sepetang Bersama Media” di Kuching.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 30 Jun: Media berperanan besar dalam mempromosikan dan memelihara warisan seni dan budaya.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Korporat, Penerangan Dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Datuk Abdullah Saidol berkata, media membantu memperkenalkan keunikan budaya Sarawak kepada dunia.

Advertisement

“Kaedah promosi media melalui liputan acara kebudayaan, ‘festival’ seni dan pameran budaya.

“Dengan liputan yang meluas, media dapat mendidik masyarakat terutamanya generasi muda tentang nilai-nilai budaya dan tradisi yang perlu dipertahankan,” katanya.

Abdullah berkata demikian di Majlis Jamuan Teh “Sepetang Bersama Media” di Kuching hari ini.

Majlis dianjurkan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak dengan kerjasama Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas).

Tambah beliau, media menyediakan platform penting bagi penggiat seni dan budaya untuk menonjolkan karya mereka.

Kata Abdullah, ini bukan sahaja membantu memajukan kerjaya mereka tetapi juga memperkaya budaya tempatan

“Dengan melaporkan aktiviti dan perkembangan dalam bidang seni dan budaya, media membantu memperkukuh komuniti seni di Sarawak.

“Media berfungsi sebagai penghubung antara penggiat seni dan masyarakat, serta antara penggiat seni dengan pihak berkuasa dan penaja,” ujar beliau.

Hadir sama Pengarah JKKN Sarawak Noor Seela Noor Sulaiman dan Pengarah Ukas Samuel Simon. — DayakDaily

Advertisement