MCC tidak teruskan bazar Ramadan

A night market scene. — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

MIRI, 7 April: Majlis Bandaraya Miri (MCC) memutuskan untuk tidak meneruskan penganjuran Bazar Ramadan di dalam kawasan pentadbiran majlis itu pada tahun ini.

Menerusi satu kenyataan hari ini, MCC berkata keputusan itu diambil selepas mengambil kira keadaan semasa pandemik Covid-19 di Sarawak.

“Hal ini disebabkan risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar dan akan memberi kesan kepada keberangkalian untuk berlaku penularan semula Covid-19 di Sarawak.


“Ini sekaligus merencatkan usaha kerajaan untuk membasmi wabak ini sepenuhnya,” kata MCC.

Tambah MCC, adalah menjadi tanggungjawab majlis bandaraya itu untuk membantu kerajaan mengekang penularan wabak Covid-19 dengan mematuhi prosedur operasi Standard (SOP) dan arahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dikuatkuasakan. — DayakDaily