Mayat wanita ditemui tertiarap di tepi jalan di Permyjaya, tiada unsur jenayah dikesan

Kelihatan keadaan di lokasi mayat tertiarap seorang wanita ditemui.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Brad Rantayy

MIRI, Okt 12: Mayat seorang wanita lengkap berpakaian ditemui tertiarap awal pagi tadi di tepi jalan berhampiran kawasan perumahan di Permyjaya.

Mayat mangsa yang dipercayai berusia lingkungan 50-an itu disedari orang awam sekitar jam 2 pagi Selasa (12 Oktober).


Orang ramai telah segera memaklumkan pihak polis dan ambulan.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, sebaik dimaklumkan mengenai penemuan itu, sepasukan polis dikerah ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

Menurutnya, siasatan awal di lokasi mendapati tiada seberang kesan unsur jenayah terhadap kematian mangsa.

Hakemal berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Mayat telah dibawa ke bilik mayat Hospital Miri. — DayakDaily