This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 23 Jun: Identiti mayat lelaki yang ditemui reput di sebuah rumah terbiar di Taman Burung Bunga Api, Jalan Penrissen masih belum dikenalpasti.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata mayat tersebut ditemui orang awam sekitar jam 7.10 pagi tadi susulan bau busuk di kawasan tersebut.
Katanya, pemeriksaan mendapati mangsa dipercayai mati lebih sebulan berdasarkan keadaan mayat yang reput (mengecut).
“Mangsa memakai baju-T berkolar serta berseluar pendek dan terdapat tatu di tangan kanan.
“Tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.
Siasatan lanjut kes masih dijalankan dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). — DayakDaily