Oleh Brad Rantayy
MIRI, 19 Sept: Mayat remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Ahad, ditemui terapung lewat petang tadi (Isnin).
Mayat mangsa ditemui pada jarak 100 meter dari pondok pusat kawalan bencana (PKB) pasukan menyelamat dan mencari (SAR) di Pantai Coco Cabana Miri pada jam 4.30 petang tadi.
Menurut pemangku penguasa Bomba Miri Ahmad Nizam Sapaiee, mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Mauat ditemui terapung oleh anggota SAR semasa operasi petang tadi,” ujarnya.
Pada Ahad, mangsa telah dilaporkan hilang oleh bapanya setelah gagal pulang ke rumah dan beberapa barangan peribadinya ditemui di sebuah kerusi di pantai tersebut.
Operasi SAR telah dilancar serta merta pada pagi Isnin setelah dimaklumkan kehilangan mangsa oleh bapanya. — DayakDaily