Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Trusan, Lawas

Anggota bomba berusaha mengangkat mayat tersebut dari Sungai Trusan.

LAWAS, 3 Mei: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui terapung di Sungai Trusan di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata laporan berhubung penemuan mayat tersebut diterima pada jam 8.40 pagi.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lawas terus ke lokasi kejadian dan didapati benar terdapat mayat seorang lelaki terapung.


“Pasukan bomba terus mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Operasi tamat pada jam 11.10 pagi.

Difahamkan mayat tersebut telah dihantar oleh pihak polis ke Hospital Lawas untuk tindakan selanjutnya.

Identiti mayat setakat ini belum diketahui. — DayakDaily