Mayat dijumpa tergantung di atas pohon pokok kelapa sawit di Sungai Balim, Niah

Anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah membantu menurunkan mayat dari pohon pokok kelapa sawit.
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 20 Dis: Polis membuka satu kertas siasatan berhubung penemuan satu mayat lelaki warga tempatan yang ditemui tergantung di atas sepohon pokok kelapa sawit di dalam sebuah kebun di Sungai Balim, Niah pada pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata satu kertas siasatan mati mengejut telah dibuka untuk kes tersebut bagi mengenal pasti punca kematian.

Advertisement

Katanya, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian pada jam kira-kira 10.11 pagi semalam.

“Mayat mangsa, berumur 32 tahun telah dijumpai meninggal dunia dengan tergantung di atas sepohon pokok kelapa sawit di kebun milik mertuanya di Sungai Balim Niah,” jelasnya.

Alexson berkata, pemeriksaan di tempat kejadian tidak mempunyai sebarang unsul jenayah dan barang peribadi si mati juga masih berada di dalam beg milik si mati.

Pihak Polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes ini kerana ianya akan mengganggu siasatan.

Individu yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berkaitan insiden ini diminta untuk tampil ke Balai Polis yang berdekatan untuk menyalurkan maklumat. — DayakDaily

Advertisement