Manuk kampung pepat hidangan enak di acara sosial

Manuk kampung pepat wajib dicuba.
Advertisement

KUCHING, 7 April: Ayam Kampung cincang atau manuk kampung pepat antara makanan popular masyarakat Iban di kawasan Sibu.

Makanan ini sesuai dihidangkan di acara sosial yang melibatkan aktiviti minum-minum.

Proses menyediakannya manuk kampung pepat hampir sama dengan membuat umai.

Advertisement

Menurut Simon Abang, penyediaannya menggunakan daun kucai, bawang besar (bakong), cili, limau serta sedikit garam dan aji-no-moto (monosodium glutamate).

“Ayam kampung ini kita bakar menggunakan api kayu sehingga hampir masak.

“Kemudiannya kita cincang (pepat) hingga kecil dan digaul bersama daun kucai, bawang besar (bakong), cili, limau serta sedikit garam dan aji-no-moto (monosodium glutamate).

“Ia menyerupai proses membuat umai,” kata Simon yang merupakan pengusaha gerai BBQ di Remin Asuh di Jalan Kumpang di sini.

Tambah beliau, manuk kampung pepat ini sangat popular di kawasan sekitar Sibu.

Katanya, masyarakat Iban gemar menyediakannya sebagai tabas (hidangan) di acara sosial iaitu semasa minum tuak dan minuman lain. — DayakDaily

Advertisement