KUCHING, 8 Feb: Malaysia akan menyalurkan sumbangan lebih US$2 juta kepada Turkiye dan Syria bagi membantu mangsa gempa bumi di kedua-dua negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Jemaah Menteri bersetuju menyediakan US$1 juta manakala Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar turut berkenan menyumbang US$1 juta.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan juga akan menyumbang RM1 juta.
“Malaysia akan menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) kedua ke Turkiye malam ini untuk menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi.
“Pasukan kedua di bawah seliaan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu akan dianggotai 70 anggota daripada SMART serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Tambah Anwar, Kementerian Pertahanan turut akan siapkan pasukan doktor dan paramedik ATM bagi menyediakan ‘field hospital’ di Turkiye. — DayakDaily