Majlis Kraf Sarawak jaminan sektor kraf dibangunkan sepenuhnya

Royston Valentine

KUCHING, 16 Mei: Fungsi dan kuasa mutlak Majlis Kraf Sarawak amat penting bagi menjamin sektor kraf dibangunkan sepenuhnya secara lebih tersusun.

Menurut ADUN Tellian Royston Valentine, usaha tersebut bakal memenuhi permintaan dan harapan pelbagai pihak berkepentingan.

“Ia juga akan memberi kelebihan kepada kerajaan dan negara secara keseluruhannya,” katanya di perbahasan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN hari ini.


Tambah Royston, Majlis Kraf Sarawak merupakan sebuah organisasi dibawah kerajaan Sarawak yang komited untuk memelihara dan mempromosikan seni dan kraf tradisional yang ada di wilayah Sarawak

Jelas beliau, pelbagai hasil kraf berasaskan manik, besi yang digunakan untuk membuat parang, bakul orang Ulu dan beg orang Penan.

“Lain-lain hasil kraf yang berpotensi besar untuk diketengahkan adalah seperti Batik Linut dari Kpg Tellian Mukah, Batik Blok Borneo, Songket Rajang dari Kampung Rajang Belawai.

“Puak Kumbu yang menjadi kebanggaan masyarakat Iban, Keringkam yang sinonim dengan busana wanita masyarakat Melayu Sarawak dan pelbagai lagi produk kraftangan berasaskan kaum serta budaya yang ada di Sarawak.

“Semua ini memerlukan satu entiti yang mempunyai kuasa penuh ke atas hasil-hasil ini agar ia dapat diselia dengan baik sekaligus mengawal kualiti dan keaslian produk-produk berkenaan,” katanya. ā€” DayakDaily