Lori bawa muatan kertas pembungkus simen terbalik akibat kemalangan

Keadaan kemalangan melibatkan sebuah lori bawa muatan kertas pembungkus simen.

BINTANGOR, Mac 21: Seorang pemandu dan kelindan lori cemas apabila kenderaan yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di KM8, Jalan Kelupu di sini malam tadi.

Kemalangan melibatkan sebuah lori membawa muatan kertas pembungkus simen itu dilaporkan berlaku pada pukul 10 malam.

Bagaimanapun, tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam insiden tersebut.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor menerima laporan berhubung kemalangan itu pada pukul 10.05 malam.

Enam anggota bomba kemudian bergegas ke tempat kejadian bagi melalukan kerja-kerja susulan.

Sebaik tiba di lokasi kemalangan, pasukan bomba mendapati sebuah lori dalam keadaan terbalik di bahu jalan.

Pasukan bomba kemudian membantu untuk membersih tumpahan minyak di atas jalan raya bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Operasi tamat sepenuhnya selepas pasukan bomba mendapati keadaan di tempat kemalangan selamat daripada sebarang risiko bahaya. — DayakDaily

Ends