Long Bemang, Long Panai di Baram dilanda banjir

Pemantauan dilakukan di Long Bemang.
Advertisement

MARUDI, 13 Sept: Dua buah rumah panjang iaitu Long Bemang, Sungai Apoh dan Long Panai, Sungai Tutoh di Baram dilaporkan dilanda banjir sehingga lewat petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya melakukan pemantauan di Long Bemang pada 10 pagi sehingga 2 petang.

“Sampai di Long Bemang, pemantauan terus dijalankan dan didapati kesemua penduduk dalam keadaan selamat dan berjaga-jaga.

Advertisement

“Paras air dilaporkan surut sedikit dalam 3 hingga 4 inci, walaupun begitu, pergerakan air surut masih lambat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, situasi sekolah pula dilaporkan sesi persekolahan dibatalkan untuk dua hari berikutan keadaan paras air masih tinggi.

“Klinik kesihatan Long Bemang beroperasi seperti biasa,” katanya.

Pemantauan dilakukan di Long Panai.

Manakala pemantauan di Long Panai dilakukan dari jam 4.30 petang sehingga 7 malam tadi.

“Setibanya di lokasi, penduduk memaklumkan keadaan air masih bertanan setinggai 3 hingga 4 kaki dan masih tiada petunjuk air akan surut” katanya.

Pasukan-pasukan pemantau menasihatkan penduduk di kedua-dua lokasi tersebut agar sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga semasa menggunakan lilin dan pelita.

“Kita juga menasihatkan mereka untuk memantau anak-anak mereka semasa bermain banjir serta sentiasa memastikan semua sentiasa selamat,”katanya.

Difahamkan pasukan pemantau turut menghadapi cabaran semasa mengharungi sungai untuk ke kedua-dua lokasi tersebut.

“Banyak kayu-kayu, ranting dan sebagainya yang menjadi halangan bot penyelamat untuk sampai ke lokasi,” katanya. — DayakDaily

Advertisement