This Content Is Only For Subscribers
BELAGA, 5 Ogos: Daerah Belaga memerlukan sebuah stadium sukan dengan kemudahan terbaik, kata Timbalan Menteri Utiliti Datuk Liwan Lagang.
Menurut beliau, perkara tersebut sudah dibincangkan 4 tahun yang lalu dan sudah tiba masanya untuk dilaksanakan pembinaannya.
“Daerah Belaga merupakan sebuah daerah yang tidak memiliki stadium.
“Ia sudah diumumkan 4 tahun yang lalu dan kehadiran Karim ( Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah) di sini ia dapat dilaksanakan,” katanya dalam ucapan aluan di Perasmian Regatta Belaga 2023 hari ini.
Majlis telah dirasmikan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Tambah Liwan yang juga Adun Belaga, Abdul Karim adalah Menteri yang paling tepat untuk merealisasikan impian mewujudkan stadium di Belaga.
Dalam bidang sukan jelas Liwan, Belaga pernah melahirkan pelari pecut dan pemain bolasepak negara.
“Saya percaya Abdul Karim akan membawa perkara ini kepada Premier (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) supaya kita laksanakan demi kebaikan anak-anak Belaga,” ujar Liwan.
Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sarawak Dan Tugas Tugas Khas Datuk Wilson Ugak Kumbong. — DayakDaily