Lima sekeluarga terjejas, rumah didiami terbakar

Anggota bomba berusaha memadam kebakaran.

Oleh Dean Adam

KUCHING, Dis 25: Sebuah keluarga di Lorong Cenderawasih di Jalan Samariang di sini terjejas apabila rumah didiami mereka terbakar semalam.

Kejadian kira-kira pukul 9 malam itu telah mengakibatkan sebuah rumah jenis kekal satu tingkat telah terbakar kira-kira 60 peratus.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 9.05 minit malam.

Jelasnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya kemudian diarahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi memadam.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati api sedang marak membakar kediaman berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, lima penghuni rumah tersebut sempat keluar menyelamatkan diri,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, operasi memadam kebakaran itu menggunakan sumber air dari jentera bomba

“Buat masa ini, punca kebakaran masih lagi dalam proses siasatan,” ujarnya. —DayakDaily