Sebuah keluarga cemas, tiga kenderaan terbakar

Kelihatan kenderaan yang terbakar.

Oleh Dean Adam

BINTULU, Dis 25: Sebuah keluarga cemas apabila tiga kenderaan yang diletakkan di luar rumah mereka terbakar dalam satu kejadian di Taman Li Hua di sini hari ini.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira 10.36 pagi itu, tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.38 pagi.

ABANG JOHARI

Jelasnya, sepasukan anggota bomba kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi memadam kebakaran.

“Apabila tiba, pasukan bomba mendapati kebakaran itu melibatkan tiga buah kenderaan yang diletak di luar rumah sedang terbakar.

“Antara kenderaan yang terlibat adalah Lexus RX terbakar kira-kira 95 peratus, Toyota Land Cruiser terbakar (60 peratus) dan Mercedes terbakar (100 peratus),” katanya di sini hari ini.

Anggota bomba berusaha memadam kebakaran.
Kelihatan kenderaan yang terbakar.

Jurucakap sama memberitahu, kebakaran sama juga turut menjejaskan siling parkir dan juga mengakibatkan ‘smoke damage’ di ruang tamu rumah tersebut.

Katanya, anggota bomba yang tiba di lokasi telah bertindak menggunakan sumber air dari pili bomba dan jentera untuk memadamkan kebakaran tersebut.

“Kebakaran tersebut juga tidak melibatkan kecederaan penghuni rumah berkenaan,” katanya. — DayakDaily