Lima nyaris maut, dua kenderaan terlibat dalam kemalangan

Anggota bomba membantu mangsa yang cedera.
Advertisement

MIRI, April 3: Lima orang nyaris maut selepas terlibat dalam kemalangan di jalan berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng di sini malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu membabitkan sebuah Proton Saga dan Toyota Hilux.

Komander Operasi, PBK II Nasir Razali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7.31 malam.

Advertisement

Katanya, sejurus menerima panggilan kecemasan, sepasukan lapan anggota bomba kemudian bergegas ke lokasi untuk melakukan kerja-kerja menyelamat.

“Sebaik tiba, anggota bomba mendapati terdapat seorang penumpang wanita tersepit di dalam kereta Proton Saga.

“Pasukan bomba kemudian bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, pemeriksaan lanjut mendapati tiga penumpang termasuk pemandu Toyota Hilux selamat, namun mengalami kecederaan ringan.

Katanya, pemandu Proton Saga juga mengalami kecederaan ringan.

“Mangsa yang cedera kemudian dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” ujarnya lagi. — DayakDaily

Advertisement