LHDNM: Talian hotline BPR beroperasi mulai 20 Jan

Signature. — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, 20 JAN: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan bahawa talian hotline Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 1800-88-2747 kembali beroperasi mulai 20 Januari 2021.

Menerusi satu kenyataan hari ini, LHDNM berkata talian hotline tersebut beroperasi dari Isnin hingga Jumaat pada jam 9 pagi hingga 5 petang.

Selain menghubungi talian hotline BPR, sebagai alternatif dalam mendapatkan penjelasan berkenaan BPR, orang ramai turut boleh merujuk soalan lazim (FAQ) berkaitan dari portal rasmi https://bpr.hasil.gov.my/


Ia boleh diakses melalui pautan pantas. pendaftaran MyBPR https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021FAQPendaftaranMyBPR.pdf
serta permohonan baru dan kemaskini
https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021FAQPermohonanBarudanKemasKini.pdf. — DayakDaily