Lesung kayu Gago lebih baik daripada batu

Gago menumbuk daun ubi menggunakan lesung kayu (belian) di Pasar Minggu Kota Padawan (kiri). Pelanggan bertanyakan harga lesung kayu Gago (kanan).
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 7 April: Lesung kayu hasil kerja tangan masyarakat Bidayuh boleh diperolehi dari Pasar Minggu di Kota Padawan.

Menurut Gago Nubeng dari Kampung Sikog Padawan, kayu aru dan belian sesuai digunakan untuk menghasilkan lesung kayu.

Advertisement

Katanya, lesung merupakan satu alat yang digunakan oleh masyarakat Bidayuh dalam kehidupan harian.

“Lesung kayu adalah lebih baik daripada lesung batu yang dijual di pasar, sebab kayu ini tidak pecah (serpihan) jika digunakan,” kata Gago.

Antara kegunaan lesung kayu ialah untuk menumbuk daun ubi dan padi untuk menghasilkan tepung beras.

Lesung kayu hasil tangan Gago dijual dengan harga RM250 dan ia juga sesuai digunakan sebagai perhiasan.

Selain lesung, Gago turut menjual labu air dan sayuran hutan termasuk umbut dan siput sedut. — DayakDaily

Advertisement