Lencongan dan penutupan satu lorong di hadapan Bomba ke Mahkamah Bintulu dari 28 Sept hingga 30 Okt

Lencongan dan kerja perparitan di hadapan Jabatan Bomba hingga Mahkamah Bintulu.

KUCHING, 2 Okt: Lencongan dan penutupan satu lorong dilaksanakan di lokasi berhadapan Jabatan Bomba hingga ke Mahkamah Bintulu mulai 28 September hingga 30 Oktober 2023.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Bintulu menerusi satu notis berkata, ia bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Jambatan Bintulu – Jepak merentasi Sungai Kemena.

Justeru, pengguna jalanraya dinasihati menggunakan Jalan alternatif 1 iaitu Jalan Tun Ahmad Zaidi- Jalan Pisang Emas-Jalan Tun Razak.


Manakala Jalan Alternatif Ke-2 ialah Jalan Tun Ahmad Zaidi- Jalan Kambar Bubin-Jalan Ahmad Zaidi-Jalan Tun Razak.

Lencongan dan penutupan satu lorong dilakukan bagi kerja-kerja peparitan dan pembinaan dijalankan di tapak kerja bagi memberi laluan kepada jentera berat melakukan kerja. — DayakDaily