Lelaki warga Indonesia ditemui mati lemas

Pasukan keselamatan di lokasi kejadian.

Oleh Dean Adam

BINTULU, Mac 9: Seorang lelaki warga Indonesia yang dilaporkan terjatuh dalam kolam di KM38, Jalan Persisiran Pantai Bintulu-Miri ditemui mati lemas, hari ini.

Mangsa, Muhammad Supandi, 22, ditemui oleh pekerja ladang kira-kira pukul 11 pagi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan mandi di tepi kolam tersebut sebelum dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam kolam.

Kelihatan lokasi mangsa ditemui mati.

Katanya, mangsa dikatakan tidak pandai berenang dan  kelibatnya hilang di dalam kolam berkenaan.

“Mangsa dijumpai dengan menggunakan bantuan jentera pengorek jenis jengkaut.

“Pasukan bomba bertolak balik setelah selesai menyerahkan mangsa kepada pihak polis,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, operasi ditamatkan pada pukul 12.21 tengah hari. -DayakDaily