Lelaki warga emas maut ditetak di Simunjan

PDRM logo
Advertisement

SIMUNJAN, 21 April: Seorang lelaki warga emas disahkan meninggal dunia selepas dikatakan ditetak di Simunjan pada malam tadi.

Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Wong Tee Kui berkata mangsa berusia 62 tahun dan kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 7.40 malam tadi.

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia semasa sedang dirawat di Hospital Kota Samarahan.

Advertisement

“Suspek seorang lelaki berusia 43 telah berjaya ditangkap untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. — DayakDaily

Advertisement