Lelaki warga emas maut dalam kemalangan di Belaga

Keadaan di lokasi kemalangan.
Advertisement

BELAGA,1 Okt: Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam kemalangan kendiri membabitkan sebuah lori 12 tan di Jalan Murum, di sini semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 1.48 petang.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga terus dikerahkan ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Komander operasi melaporkan terdapat dua mangsa lelaki dewasa terlibat dalam kemalangan tersebut, namun kedua-dua mangsa berada di luar lori dan tiada mangsa tersepit seperti dilaporkan.

“Seorang daripada mangsa (penumpang) didapati berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan telah dibawa anggota bomba ke tempat selamat sementara menunggu bantuan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa yang tidak sedarkan diri iaitu Chua Peng Yam,70 tahun bagaimanapun disahkan meninggal dunia selelas diperiksa pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Manakala pemandu lori dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.

Pasukan bomba kemudian berangkat balik ke balai selepS memastikan keadaan selamat dan terkawal. — DayakDaily

Advertisement