Lelaki warga emas hilang semasa sertai larian amal ditemui selamat

Kelihatan mangsa yang ditemui selamat.

BINTULU, Sept 21: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang semasa menyertai larian amal di tapak treking di Chung Hua 2, Jalan Tanjung Kindurong, semalam ditemui selamat hari ini.

Mangsa, Kong Joon Chung, 74, ditemui selamat oleh orang awal pada pukul 9.45 pagi apabila mangsa berjaya keluar sendiri melalui laluan hutan berhampiran laluan treking berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, semasa ditemui mangsa hanya mengalami kesan calar di bahagian kakinya sahaja sebelum diberi rawatan susulan.

Katanya, sebelum itu pihak bomba menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 1.32 pagi tadi.

“Pasukan bomba kemudian sebelum bergegas ke lokasi pada pukul 1.45 pagi untuk mengumpul maklumat insiden orang hilang tersebut,” katanya hari ini.

Jurucakap sama menambah, operasi mencari dan menyelamat itu tamat pada pukul 10 pagi.— DayakDaily