Lelaki warga emas hilang empat hari ditemui selamat

Pasukan bomba bercakap dengan mangsa.

Oleh Dean Adam

LUNDU, April 13: Misteri kehilangan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar memancing pada Selasa lepas (9 April) akhirnya terungkai, apabila dia ditemui selamat hari ini.

Mangsa, Joseph Basir, 68, ditemui selamat selepas dikatakan balik ke rumahnya sendiri pada pukul 5.09 petang.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mangsa dijumpai oleh anaknya dalam keadaan lemah ketika berjalan balik ke rumah mereka.

Katanya, anak mangsa kemudian membuat laporan kepada pasukan mencari dan menyelamat memaklumkan penemuan mangsa.

Anggota polis menemubual mangsa.

“Operasi mencari yang memasuki hari keempat ditamatkan pada pukul 5.20 petang,” katanya di sini hari ini.

DayakDaily sebelum ini melaporkan seorang lelaki hilang selepas keluar memancing ikan di tepi Sungai Stunggang Hulu di sini. — DayakDaily