Lelaki warga emas hilang di Serian ditemui mati

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

SERIAN, 21 Mac: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak Khamis (16 Mac) lalu ditemui mati semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata mangsa,73 tahun, dijumpai kira-kira 4 kilometer dari rumahnya sekitar 11.30 pagi.

Katanya, mangsa dijumpai tidak sedarkan diri dan disahkan telah meninggal dunia selepas diperiksa anggota paramedik.


“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Serian.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa turut disertai pihak polis dan penduduk kampung.

Mangsa dilaporkan hilang di Kampung Taie, Jalan Baki-Riih pada 9 Mac lalu. — DayakDaily