Lelaki warga emas hilang berhampiran Hospital Umum Miri masih belum dijumpai

Harden Taep

MIRI, 2 Julai: Seorang lelaki warga emas dikenali sebagai Harden Taep, 63 tahun, yang dilaporkan hilang sejak 25 Jun lalu masih belum dijumpai.

Difahamkan usaha mencari mangsa masih giat dijalankan oleh keluarga mangsa dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mangsa dilaporkan hilang dipercayai di kawasan hutan berhampiran Hospital Umum Miri selepas dia dikatakan pergi ke hospital berkenaan untuk mengambil ubat pada 20 Jun.


Mangsa kali terakhir dilihat memakai baju berwarna biru (seperti dalam gambar), seluar panjang hitam dan membawa beg merah serta payung.

Mangsa juga dilaporkan mengidap Dementia yang serius (pelupa/keliru) dan kemungkinan tidak mengingat sesiapa walau ahli keluarga.

Sekiranya ada terjumpa mangsa, boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau boleh menghubungi Hanafi (016-8535770), Hafiz (010-9329032), Razia (016-8937437) Faridah (014-7890743) Hafizah (014-8817295). — DayakDaily