Kebakaran lapan buah rumah di Bintulu, 49 orang hilang tempat berteduh

Keadaan kebakaran di lokasi kejadian.

BINTULU, 2 Julai: Seramai 49 orang hilang tempat berteduh apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran membabitkan lapan buah rumah di Jalan Kampung Sebiew, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 4.01 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dan Kidurong dikerahkan ke lokasi kejadian.


“Komander operasi melaporkan sebanyak lapan buah rumah telah musnah sepenuhnya membabitkan 49 orang penghuni,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kekabaran tersebut.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak bomba. — DayakDaily