Konsep inklusiviti makmurkan rakyat Sarawak — Dr Sim

Dr Sim (enam dari kiri) bersama tetamu lain menyempurnakan Majlis Penutupan Karnival Gawai Kampung Tematu 2022.

KUCHING, 2 Julai: Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengamalkan konsep inklusiviti dalam pentadbiran.

Menurut Timbalan Premier Dato Sri Dr Sim Kui Hian, ia bukan sahaja memastikan Sarawak sentiasa makmur, tetapi kekayaan pelbagai sumber dikongsi bersama.

“Dibawah pentadbiran Abang Johari adalah paling inklusif, kita boleh menggunakan bahasa English.


“Kita sudah masuk ke era digital selaras dengan ekonomi baharu, kita bangga sebagai anak Sarawak,” katanya pada Majlis Penutupan Karnival Gawai Kampung Tematu 2022 malam ini.

Tambah Dr Sim yang juga Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, ia adalah cara kerajaan untuk memajukan negeri demi kepentingan semua rakyat.

Hadir sama Adun Batu Kitang Lo Khere Chiang. — DayakDaily