Lelaki warga emas berusia 90-an dilaporkan hilang

Operasi SAR sedang dijalankan.

Oleh Dean Adam

TATAU, Mei 29: Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas dikatakan keluar dari rumah panjang sejak Mei 26 lepas.

Mangsa yang dilaporkan hilang itu dikenal pasti sebagai Abek Imang, 90-an.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihak bomba menerima panggilan berhubung kehilangan mangsa itu pada pukul 4.08 petang pada Mei 27.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hanya dilakukan semalam (Mei 28).

“Komander operasi melaporkan setakat ini tiada petunjuk positif dalam gerakan pencarian berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, selain anggota bomba, pasukan polis, APM serta penduduk setempat juga membantu operasi SAR itu.

“Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. ā€” DayakDaily