Lelaki ugut bunuh bekas isteri guna pisau, ditahan polis

Suspek (tengah) ditahan polis untuk tindakan lanjut.

Brad Rantayy

MIRI, 12 Mac: Seorang lelaki warga tempatan ditahan pihak polis pada Selasa kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah terhadap bekas isterinya dengan mengacu sebilah pisau ke bahagian perut mangsa dalam satu insiden di sebuah rumah di Jalan Luak.

Dalam kejadian, suspek berusia 51 tahun itu turut dilaporkan memukul mangsa pada bahagian muka dan menghentak kepalanya.


Kejadian dipercayai berlaku di kediaman mangsa sekitar jam 3 petang Selasa.

Susulan kejadian satu laporan polis telah dibuat mangsa berusia 53 tahun itu.

Bertindak daripada laporan yang diterima sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri menahan suspek di sebuah lediaman di Luak Bay pada hari yang sama, iaitu kuranh 2 jam selepas kejadian berlaku.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari mengesahkan tangkapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan. — DayakDaily