Lelaki terlekat soket PVC di alat kemaluannya

Anggota Bomba sedang memotong soket PVC tersebut.

LAWAS, 14 Dis: Seorang lelaki dikejarkan ke Hospital Lawas apabila soket paip PVC terlekat pada alat kemaluannya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku pada jam 7.03 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba Lawas terus bergegas ke lokasi kejadian untuk memotong soket tersebut.


“Setiba di tempat kejadian didapati ada mangsa berusia 43 tahun terlekat soket PVC di kemaluannya.

“Pasukan Bomba membuat pemotongan soket tersebut dengan peralatan ring cutter sehingga selesai,” katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.54 pagi selepas memastikan mangsa berada dalam baik dan selamat. — DayakDaily