This Content Is Only For Subscribers
SERIAN, 3 Jun: Seorang lelaki meninggal dunia dalam kemalangan kendiri di Kilometer 12 Jalan Serian-Kuching hari ini.
Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata kemalangan membabitkan sebuah pikap Isuzu dilaporkan berlaku pada jam 8.30 malam.
Katanya, pikap tersebut dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan.
“Pemandu pikap dikatakan tercampak keluar dari dalam kenderaan dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mangsa semasa kejadian dalam perjalanan dari Serian menuju ke Kuching.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serian untuk bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. — DayakDaily