Lelaki tempatan ditangkap seludup 7 Pati pukul 3 pagi di Sri Aman

Semua suspak diarahkan keluar dari dalam van untuk pemeriksaan.
Advertisement

SRI AMAN,13 Julai: Seorang lelaki warga tempatan ditangkap angkut tujuh Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) menggunakan sebuah van pada jam 3 pagi Sabtu (10 Julai) lalu.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak, kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Sungai Paku-Sungai Putung di Batu Lintang, Sri Aman.

Jelasnya, pasukan operasi menahan sebuah van yang dilihat mencurigakan.

Advertisement

Apabila diperiksa, didapati terdapat lapan lelaki didalamnya termasuk pemandu iaitu seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai tekong darat.

“Terdapat tujuh lagi lelaki didalam van tersebut ialah warganegara Indonesia dan hasil pemeriksaan mendapati mereka tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Ada juga diantara mereka yang mempunyai permit lawatan sosial, tetapi telah tamat tempoh,” katanya.

Kesemua mereka kemudian ditahan dan van serta telefon bimbit dengan anggaran keseluruhan RM80,000 dirampas untuk tindakan selanjutnya.

Kes tersebut disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007, Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). — DayakDaily

Advertisement