Lelaki pulang vaksin, jatuh sungai lalu hilang di Mukah

Operasi SAR mangsa di sungai, Kampung Sungai Kut Tengah, Mukah.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


MUKAH, 28 Jun: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Sungai Kut Tengah, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata mangsa semasa kejadian menaiki sebuah perahu bersama tiga lagi individu.

Jelasnya, semasa kejadian mangsa baharu pulang dari mengambil vaksin iaitu sekitar jam 3.15 petang.


“Semasa dalam perjalanan pulang, mangsa dikatakan terjatuh ke dalam sungai dan terus hilang,” katanya ketika dihubungi DayakDaily hari ini.

Menurutnya, penduduk kampung bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mukah memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

Sehingga berita ini ditulis, mangsa masih belum dijumpai dan operasi SAR masih giat dijalankan.

Turut sama dalam operasi tersebut ialah anggota polis dan Rela. — DayakDaily