Lelaki menyamar sebagai anggota JPJ dipenjara 34 bulan

Anggota polis mengiringi tertuduh ke Mahkamah Majistret Miri.

Oleh Dean Adam

MIRI, Mei 24: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 34 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan berhubung kes penipuan pada bulan lepas yang melibatkan kerugian sebanyak RM34,100.

Tertuduh, Imran Othman Pawi, 56, dijatuhkan hukuman oleh mahkamah sama mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh telah menyamar sebagai pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan memberi tawaran kepada mangsa-mangsa untuk mengeluarkan motosikal yang disita oleh jabatan tersebut, serta menawarkan kepada mangsa-mangsa penjualan tanah dan motosikal yang tidak wujud.

Tertuduh kemudian memperdayakan mangsa-mangsa untuk membuat bayaran bagi urusan tersebut. — DayakDaily