Lelaki maut, tiga kanak-kanak cedera dalam kemalangan di Sibu

Anggota Bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan.
Advertisement

KUCHING, 5 Mac: Seorang lelaki berusia 35 tahun maut dalam satu kemalangan kendiri di Jalan Tunku Abdul Rahman di Sibu pagi tadi.

Kereta jenis pacuan empat roda yang dipandu oleh mangsa telah terbabas dan merempuh pokok di tepi jalan, mana tiga orang lagi yang merupakan anak mangsa mengalami kecederaan.

Pihak Bomba menggunakan alat ‘hydraulic’ untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan.

Advertisement

Pada kejadian itu, seorang mangsa wanita telah tercampak dari kenderaan dan telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

Anak mangsa—dua perempuan dan seorang lelaki masing masing berumur 12, 8 dan 4 tahun—kini dirawat di Hospital Sibu. — DayakDaily

Advertisement