Lelaki maut, kemalangan di Bintulu

Anggota Bomba berusaha mengeluarkan mangsa dari dalam kereta.

BINTULU, 24 Dis: Seorang lelaki disahkan meninggal dunia dalam kemalangan kendiri di persimpangan lampu isyarat berdepan penjabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Bintulu, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kemalangan dilaporkan berlaku sekitar jam 7.42 pagi.

Katanya, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4wd) Toyota Hilux.

“Pihak Bomba melakukan operasi mengeluarkan menggunakan streacher, mangsa seorang lelaki disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Selesai operasi pihak Bomba berangkat balik ke balai. — DayakDaily