Lelaki maut dirempuh lori

Keadaan di lokasi kejadian.

Oleh Dean Adam

SIBU, Jan 16: Seorang lelaki maut selepas dirempuh sebuah lori di sini malam semalam

Kejadian kira-kira pukul 7.40 malam itu mengakibatkan mangsa, Espejie Basri, 53, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.


Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7.45 malam.

Jelasnya, sepasukan anggota bomba kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi menyelamat.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati sebuah Perodua Rusa dalam keadaan terbakar.

“Bagaimanapun, mangsa sudah didapati dalam keadaan sudah tidak bernyawa lagi akibat kecederaan parah,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama memberitahu, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, kebakaran tersebut telah memusnahkan kenderaan tersebut 100 peratus.

“Operasi tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 10.05 malam sebaik mayat mangsa dibawa ke hospital,” katanya. — DayakDaily