Lelaki maut dalam kemalangan kereta di Tatau

TATAU, 7 Sept: Seorang lelaki meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dengan lori di Jalan Simpang Pasar Lama, Tatau hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomb) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 11.42 pagi. Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau dikerahkan ke lokasi kejadian. "Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah Proton Wira dengan lori muatan minyak sawit. "Terdapat seorang mangsa iaitu pemandu Proton Wira masih berada di dalam kereta dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Anggota bomba kemudian bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat. "Mangsa mengalami kecederaan di kepada dan telah disahkan meninggal dunia selepas diperiksa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian," katanya. Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Mangsa dikenali sebagai Ling Lee Chuen berusia 53 tahun.

This Content Is Only For Subscribers

Please subscribe to unlock this content. Enter your email address and full name to get access. It's FREE!
Your email address is 100% safe from spam!