Lelaki hilang di Sungai Kenyau, ditemui mati

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

TANJUNG MANIS, 4 Jan: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari perahu di Sungai Kenyau, Batang Rajang ditemui mati hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata mangsa, Saipul Arshad, 37, ditemui berdekatan jeti lama pada jam 10 pagi tadi.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia dan mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Sarikei untuk tindakan selanjutnya.


Laporan kehilangan mangsa telah dibuat oleh abangnya di Balai Polis Tanjung Manis pada malam hari kejadian iaitu pada Isnin sekitar jam 10.55 malam.

Menurut laporan tersebut, mangsa hilang setelah perahu yang dinaikinya melanggar tiang jeti lama di sungai tersebut sehingga menyebabkan dia terjatuh ke dalam sungai.

Semasa kejadian, cuaca hujan lebat dan lokasi kejadian adalah 50 meter dari pantai. — DayakDaily