Lelaki hilang di Sarikei, dipercayai terjatuh dalam sungai semasa tidur di atap kapal nelayan

Fire and Rescue Department Malaysia/ Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia logo

SARIKEI, 28 April: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam Batang Rajang berdekatkan kilang WTK Kinyau, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata mangsa yang dikenali sebagai Mohd Imran Nizam semasa kejadian dikatakan sedang tidur di atas atap sebuah kapal nelayan.

Dia bagaimanapun dilaporkan terjatuh iaitu sekitar jam 6.04 pagi.


Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei diketuai Pegawai Bomba Kanan Haron Jenai terus ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR). — DayakDaily